Air soya tokmak

Bila time mata ni tetiba tak boleh nak tidur tu yang macam nak cerita sesuatu yang qila teringat masa kecik-kecik dulu. Dulu masa kecik-kecik arwah tokmak yg besarkan qila. Qila sangat rapat dan manja jugak la dgn tokmak. Lebih rapat dari dengan mak sendiri. Memang kalau dah jaga qila dari kecik lagi of coz la sayang sangat-sangat kan. Tokmak ni kalau masak memang sedap, even benda simple pun dia masak sedap. Pastu makin berselera makan bila tokmak suapkan. Boleh bertambah makan. Rindunya waktu kecik-kecik dulu.. huwaaaa… Tokmak kalau dia masak asam pedas memang power habis. Lagi-lagi kalau asam pedas ikan tenggiri memang terangkat. Waaaa terliur la pulak malam-malam cakap pasal makan ni. Tapi berkat kesabaran tokmak menumis asam pedas dengan api slow memang membuatkan sesiapa je makan boleh bertambah-tambah. Until now qila rindu gilee dengan asam pedas tokmak.

Kalau bulan-bulan puasa macam ni best dulu sebab tokmak rajin masak special-special untuk buka puasa. Sahur pun dia masak sedap-sedap jugak. Pastu lepas tarawikh buat kuih raya. Macam-macam jenis kuih raya tradisional. Bahulu la, tempeyek la, kuih goyang la, bangkit la, hmm macam-macam la. Bestnya bila teringat masa dulu-dulu time tokmak masih ada.

Tapi ada satu benda ni memang tak boleh lupa dan memang masa tokmak ada dulu selalu ada time bulan puasa. AIR SOYA TOKMAK. Paling lazat, segar, dan nyaman !!! kalah semua gerai-gerai air soya yang ada kat bazaar. tak boleh challenge kepekatan dan keaslian air soya buatan tokmak. Bila sekali buat berbotol-botol, penuh fridge isi dgn air soya je.

Image

Kalau tak silap nak buat air soya ni takda la susah sangat cuma leceh je. Tapi sekarang ni senang je sebab dah ada mesin yang memudahkan pemprosesan. tapi dulu semua manual, daripada merendam kacang soya, rebus, kisar, perah, tapis, semua manual. makan masa sehari jugak la nak buat dia. Cuma org yang sabar-sabar je boleh sanggup buat. yang tak sabar boleh sanggup minum je. Heheheh.

Image

Pastu guna air soya yang belum dicampur dengan gula boleh dijadikan tauhu ataupun taufu faa yang makan dengan gula merah tu. Makan time panas-panas sedapppp. Semangkuk licin habis sekali hadap je. :p

ImageImage

Cara-cara nak buat dia senang je. sini qila kongsikan resepi. Tapi resepi ni random je, qila punya resepi sendiri. Kalau qila buat biasanya qila pakai sukat macam ni je. So bahan-bahan dia ialah:

  • 1 cawan kacang soya
  • 2 jug air
  • 5 helai daun pandan- dibelah & disimpul
  • gula secukup rasa & 1/2 sudu teh garam
  • blender & penapis teh (kain)
  1. basuh & rendam kacang soya 4,5 jam  hingga kembang.
  2. kisar 2 senduk kacang tu bersama bersama 4 cawan air hingga halus. Buat hingga habis.
    Dsc03276
  3. Tapis bahan kisar dgn penapis santan. kumpulkan hampas yg masih basah dlm mangkuk besar. buat hingga habis.
    Dsc03278
  4. Tapis air soya sekali lg menggunakn penapis teh utk mengasingkn serdak halus.
  5. Boleh jugak buat taufu faa ambil air soya yg ini.
    Dsc03286
  6. Masukkan air soya dlm periuk bersama daun pandan & garam. Masak sambil dikacau hingga mendidih. Awas ia mudah pecah santan.. eh pecah soya..hehe.biar mendidih dlm beberapa minit kemudian tutup api.
  7. Boleh campur sekali gula semasa memasak tadi & boleh juga dicampur kemudian.

So jadilah air soya. boleh terus minum semasa panas-panas atau pun sejuk, ikut pilihan korang la suka panas ke sejuk. Kalau qila suka sejuk la. Lega gila bila minum lagi-lagi masa buka puasa tengah-tengah dahaga ni kan. Ni yang buat rasa nak cari air soya esok masa buka puasa. Heheheh cari kat bazaar bazar stadium jela. Nak buat sendiri susah rumah bujang takda barang. Tapi kalau buat sendiri lagi puas hati buat pekat-pekat.

So korang try la buat tak susah pun. Tapi boleh jadi susah bila time malasss… Hikhikhikhikhikhik.

Bye nak sahurrrrr

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s