Frambozen? Haaa?

Assalamualaikum semua. Hmmm kebelakangan ni terlalu banyak masalah menimpa. Tapi Alhamdulillah semuanya selesai juga satu persatu. kalau nak cerita semua masalah memang tak habis lah kan. Hari ni Qila nak share satu resepi yang memang awesome wa cakap lu!! eheh. Lepas Habis exam midterm sempat la Qila buat untuk hari raya. Bestnya rayaaaaa. Well selamat hari raya semua!! Ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa. Okay la nama resepi yang Qila nak share ni Frambozen. Kenapa Frambozen? kenalah tanya pencipta dia. Siapa pencipta dia Qila pun tak tahu. Tapi serious to say Frambozen sangat dan amat sedappp.. NYUMNYUMNYUM ! Tengok je pun dah tahu sedap uollss. *telan airliur.Image

Haaaa nahhh, terliur tak tengok? dapat tengok jelah, rasa? tak dapat, bau? pun tak dapat.. heheh.

Actually, Frambozen ni takdelah baru sangat. Raya dua tahun lepas dah start keluar dah. Tapi jadi makin meletopss masa raya tahun ni. Mostly dekat area Johor Bahru dah makin ramai yang tahu tentang kewujudan kuih raya ni. Masa Qila buat ni, actually ni dah kali ketiga percubaan. Mostly semua jadi dengan jayanya heheheh. Means kat sini takdelah susah pun nak buat dia. so cerita banyak-banyak pun tak guna, lets start with the recipe.

Bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dimana-mana dan tak berapa banyak yang diperlukan.

Bahan A
250 gm tepung gandum *kalau nak lagi sedap dan rapuh boleh guna tepung redrose
110 gm gula icing *boleh dikurangkan sebab rasanya agak manis
110 gm serbuk badam
195 gm butter
1 biji telur kuning
80 gm susu tepung

Bahan B

Topping

TENGAH…jam atau filling blueberry/strawberry secukupnye
TABURAN….almond flakes  dan kuaci hijau *biji labu
Bahan C
Royal icing

60  gm putih telur
80  gm gula castor
2 tbsp tepung jagung
* Putar putih telur dan gula hingge menjadi meringue. Masukkan tepung jagung dan kacau perlahan menggunakan sudu.

Cara-cara untuk buat dia pertama sekali buat crust dia dulu. lapisan yang paling bawah tu, yang macam biskut tu.
1. Putar butter dan gula icing, masukkan kuning telur, masukkan tepung, susu tepung dan serbuk badam. Jadikan doh ( jika adunan masih lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit )

2. Lapik tray 12x12x2 dengan kertas ( 1 adunan ini cukup untuk 1 tray )
3.Letak adunan dan tekan padat,cucuk dengan garpu permukaan doh,bakar sehingga kuning keemasan atau sehingga masak lebih kurang 30 minit pada suhu 170c.
Lepas dah crust dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan sikit. Kemudian

sapu jam pada lapisan kedua serta royal icing . Barulah di tabur badam flakes dan kuaci.
Bakar lagi selama 20 minit untuk mewarnakan badam tadi.  ( tambah lagi mase membakar 1 jam pade suhu 100 C untuk mengeraskan royal icing )
Potong kepada bentuk segi empat yang disukai. *tips untuk potong frambozen ni, potong semasa royal icing betul-betul kering sebab ianya sangat rapuh dan mudah hancur.
        Image
AMARAN KERAS: Biskut ni sangat sedap boleh menyebabkan anda makan tak berhenti. Maka jangan buat banyak-banyak takut terlebih makan boleh kena kencing manis pulak kang.. Eheheheh. Selamat mencuba.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s