Mee Rebus Hj Wahid AKA Baidali

Assalamualinkum uollss. Qila tengah lapar ni. Tetiba teringin makan sesuatu.

MEE REBUS JOHOR …erm memang dah lama tak makan makanan ni. Dulu masa masih duduk di Johor selalulah juga singgah ke gerai Mee Rebus Haji Wahid kat Taman Sentosa dan cawangannya di Stulang Laut. Mee Rebus Haji Wahid ini memang terkenal di Johor. Bila hujung minggu, gerainya yang di Stulang Laut memang jadi tumpuan terutamanya pelanggan-pelanggan dari Singapura. Lepas satu group ke satu group serbu pekene mee rebus.

Image

Harga sepinggan RM 3.50 je. Banyak ! kenyang makan. Makan satu pinggan pun dah sesak nafas. Qila memang tak boleh habis makan mee rebus satu pinggan. Selalunya sewaktu membuat pesanan siap cakap; mee separuh, tauge lebih dan kuah banyak ! Begitupun bila mee rebus sampai biasanya qila cuma boleh makan separuh pinggan dari ‘ separuh mee ‘ yang aku order tadi. Tapi kuah, tauge dan segala perabah yang dalam pinggan tu semua habis qila telan. hehehe

Dulu masa kecik-kecik memang kerap la datang makan mee rebus Hj Wahid ni dengan family. Biasanya pergi waktu sarapan pagi. Masa tu selalu pergi kt gerai sebelah station KTM. Tempat tu tak tahu la ada lagi ke tak. Waktu itu harga sepinggan mee rebus murah lagi iaitu dalam RM 2.50 sepinggan. Bagi yang memang minat gile makan mee rebus biasanya mereka memang order dua pinggan. Tapi sebenarnya sepinggan pun dah cukup banyak dah. Sekarang dah banyak dan cawangan mee rebus Hj Wahid ni.

Keluarga Haji Wahid memulakan usaha ini sejak 1919. Ia Bermula sejak tiga generasi lalu dari Basid Ali Karam Ali – Wak Baidali yang menjual mee rebus setiap hari dengan menggunakan kandar dua keranjang rotan yang dipikul di sekitar Bukit Zaharah dan Kampung Air Molek.

Image

Pada 1938, anaknya Haji Wahid Basid Ali mengambialih tugasnya dan menjadi satu-satunya penjual mee rebus di antara penjual sate di Satay Club, di seberang stasiun KTM Johor Bahru.
Pada 1978, Haji Wahid berpindah ke terminal bus Jalan Terus sementara anaknya Haji Halim, membuka kedai Mee Rebusnya pada sebelah petang di Tepian Tebrau.
Gerai Mee Rebus di Plaza Angsana dibuka pada tahun 1997.

Tujuh daripada 12 anak Haji Wahid dan dua cucunya melanjutkan perniagaan ini di Taman Rinting, Larkin Market food Court, Kampung Melayu dan di sebelah masjid Kolam Air. Cawangan di luar Johor yang diusahakan oleh anak-anak Haji Wahid ialah di Presint 9,Putrajaya di bawah pengurusan Zainal, di Section 24 Shah Alam oleh Yassin yang dahulunya berniaga di Tepian Tebrau, JB, dan di Sri Hartamas yang diusahakan oleh Nasir yang dahulunya berniaga di Komplek Kotaraya, J.Bahru.
Image
Apa istimewanya mee rebus johor ini ? Yang membezakannya adalah cara penyediaan dan bahan-bahannya yang ringkas tetapi sedap dan memikat selera. Mee rebus lain mana ada keropok semua…tapi mee rebus johor ada keropok di atasnya yang membuatkan perbezaan rasa bila kita mengunyah mee tersebut dan bunyinya yang kriuk, kriuk , menyerap masuk ke gendang telinga ! Haa…sensational itu yang membuatkannya berbeza dari mee rebus yang lain. Kemudian ada tauge, telur pindang, potongan lada hijau, taburan bawang goring disulami dengan perahan limau nipis sekiranya mahu. Apa yang paling best ialah adunan mee kuning dan tauge yang disirami dengan kuah pekat sesedap rasa. Berghazal tiba-tiba perut.. kihkihkih..
Image
Tengok ni penuh dengan condiment. Memenuhi selera tekak qila yang berselera johor ni la. Rasanya selama duduk dekat KL, orang-orang KL macam tak berapa terdedah dengan makanan Johor so diorang memang tak tahu apa yang special makanan orang Johor ni. Kalau pergi Johor jangan lupa jelajah dan selongkar makanan-makanan Johor. Semua sedap-sedap dan ada yang unik jugak dan memang susah nak dapat kalau kt KL ni.
Ok laaa cerita banyak-banyak pasal makan ni mengundang perut makin lapar jer. Dah la memang tengah lapar ;P kenyit mata sikit ! hiksss
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s